MAIS RAI PELATIH, SUMBANG SET KELENGKAPAN AIDILFITRI KEPADA PELATIH-PELATIH BAITUL EHSAN
MAIS RAI PELATIH, SUMBANG SET KELENGKAPAN AIDILFITRI KEPADA PELATIH-PELATIH BAITUL EHSAN

Sabak Bernam, 21 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meraikan pelatih dengan menyumbang set kelengkapan aidilfitri dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelatih-Pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, MAIS.
Â
Seramai 25 orang pelatih Baitul Ehsan termasuk bayi dan kanak-kanak menerima sumbangan set kelengkapan aidilfitri berupa sepersalinan pakaian raya termasuk tudung, baju, dan kasut. Turut disampaikan sumbangan duit raya kepada pelatih-pelatih yang terlibat.
Â
Salah seorang pelatih mezahirkan rasa syukur dengan sumbangan Aidilfitri yang mereka terima.
“Terima kasih MAIS, meraikan kami di majlis sebegini, sekurang-kurangnya kami juga merasa dihargai dan disayangi,” ujar salah seorang pelatih ketika ditemui di sini.
Â
Sumbangan ini bertujuan meraikan pelatih dalam bulan Ramadhan dan meringankan beban sempena syawwal bakal menjelang tidak lama lagi.
Â
Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
Â
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif; Inspektor Mohd Helmi Asnan, Ketua Balai Polis Sabak Bernam; Tuan Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Ibu Bapa/Penjaga pelatih serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS.
Â
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
HULU SELANGOR, 22 Mei 2025-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...