[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 10 Februari 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menyalurkan sumbangan berjumlah RM38 ribu bagi pembelian komputer riba kepada 19 orang anak yatim yang cemerlang dalam pelajaran.

Majlis penyampaian replika cek dan komputer riba disempurnakan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada Encik Md Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE di sini hari ini.

“MAIS berharap, bantuan yang disalurkan ini mampu menyuntik motivasi kepada anak yatim yang cemerlang supaya berusaha lebih gigih dalam pelajaran.

“Sumbangan ini adalah menggunakan peruntukan Baitulmal MAIS yang diserahkan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS selaku agensi yang mengawalselia rumah anak yatim di Negeri Selangor. Ia bertujuan membantu pelajar atau anak yatim mengadaptasi norma baharu sesi pengajian di dalam talian dan pengajaran di luar kampus,” ujar Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar.

Sementara itu, Jamaluddin Wahab, Pengetua Rumah Kasih Harmoni berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIS atas inisiatif menyumbangkan komputer riba kepada rumah anak yatim di bawah seliaannya.

“Terima kasih kepada pihak MAIS, YIDE atas sumbangan komputer riba kepada anak-anak yatim yang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS. Semoga pemberian ini akan dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya untuk berjaya di masa akan datang.”ujarnya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4972″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4973″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor