SUBANG 25 Mac 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima penghargaan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Polis Yang ke-215 hari ini.
Penghargaan yang diberikan atas sumbangan dan sokongan pihak MAIS kepada pasukan PDRM amnya dan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya khasnya.
Syukur atas kurniaan rezeki dari-Nya, pihak MAIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM di atas penganugerahan ini.
Selamat Hari Polis yang ke-215.