MAIS JALINKAN KERJASAMA STRATEGIK FIDYAH BERSAMA KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
MAIS JALINKAN KERJASAMA STRATEGIK FIDYAH BERSAMA KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menandatangani kerjasama strategik bersama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam Majlis Hi Tea Bersama Industri dan Menandatangani Kerjasama Strategik KPTM Bangi di Bangi Resort Hotel.
Â
MAIS diwakili oleh Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Dr. Hajah Noraini Binti Nordin dan diiringi Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf Dan Pembangunan Muallaf MAIS, Pn. Hafizatulakmal Binti Abd Jalil dan Ketua Unit Agihan Fidyah, En Mohd Bakhtiar Bin Suratman.
Â
MAIS telah melantik Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi sebagai Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) bagi Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar kepada 2,000 orang pelajar yang layak sepanjang tahun 2024 dengan nilai seorang pelajar menerima agihan berjumlah RM300.00 seorang.
Â
Selain itu, para pelajar yang terpilih juga telah menerima kotak makanan fidyah yang mengandungi barangan kering seperti beras, gula, minyak, tepung, gula, susu dan lain-lain untuk keperluan harian pelajar-pelajar yang menginap di luar asrama. Jumlah keseluruhan Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar yang diterima oleh pihak KPTM berjumlah RM 611,150.00.
Â
Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar ini bertujuan meringankan beban pelajar-pelajar dalam kalangan B40 yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di KPTM Bangi.
Terima kasih kepada semua pembayar-pembayar fidyah di negeri Selangor khususnya yang telah meringankan beban para pelajar dalam suasana ekonomi semasa yang sangat mencabar ini.
Â
Semoga segala sumbangan akan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah S.W.T.
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...
SHAH ALAM, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah...
SHAH ALAM, 27 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
PELABUHAN KLANG, 24 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian...