MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA
MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA

24 JULAI – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah membuka kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Sabak Bernam di sini hari ini.
Klinik Guaman Syarie MAIS dibuka secara percuma bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah.
Selain MRS Sabak Bernam, MAIS akan membuka kaunter Klinik Guaman Syarie di beberapa lokasi yang ditetapkan iaitu MRS Sepang (25.7.2024).
Selain itu pada bulan Ogos dan September iaitu MRS Gombak Timur (7.8.2024); MRS Gombak Barat (12.8.2024); MRS Shah Alam (29.8.2024) dan MRS Ampang (30.9.2024).
Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah secara PERCUMA dari Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS seperti waktu dan tarikh yang tertera (poster).
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
HULU SELANGOR, 22 Mei 2025-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...