MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA

MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA

450380928 859348466110354 2511099996206138551 n
 
11 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah membuka kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kuala Selangor di sini hari ini.
 
Klinik Guaman Syarie MAIS dibuka secara percuma bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah.
 
Selain MRS Kuala Selangor, MAIS akan membuka kaunter Klinik Guaman Syarie di beberapa lokasi yang ditetapkan iaitu MRS Petaling (16.7.2024); MRS Kuala Langat (22.7.2024); MRS Sabak Bernam (24.7.2024); MRS Sepang (25.7.2024).
 
Selain itu pada bulan Ogos dan September iaitu MRS Gombak Timur (7.8.2024); MRS Gombak Barat (12.8.2024); MRS Shah Alam (29.8.2024) dan MRS Ampang (30.9.2024).
Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah secara PERCUMA dari Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS seperti waktu dan tarikh yang tertera (poster).
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor