MAIS BINCANG PELAKSANAAN AGIHAN FIDYAH WANG SAKU PELAJAR BERSAMA UNIVERSITI

MAIS BINCANG PELAKSANAAN AGIHAN FIDYAH WANG SAKU PELAJAR BERSAMA UNIVERSITI

447301618 837966958248505 6290104135739410064 n
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melalui Unit Agihan Fidyah mengadakan perbincangan bagi menjayakan Program Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar (AFSWP) tahun 2024.
 
Program AFSWP melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta pelajar universiti dari kalangan asnaf fakir miskin dan miskin sementara yang bermastautin di negeri Selangor.
 
Perbincangan ini juga bagi mendapatkan pandangan daripada pihak Unit Hal Ehwal Pelajar Universiti bagi membantu memastikan program AFSWP ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 
Antara wakil universiti dan agensi yang hadir ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Selangor, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Management & Sains University, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan
Turut sama hadir dalam perbincangan ini ialah Dr. Hajjah Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, Puan Hafizatulakmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK serta En. Mohd Bakhtiar Suratman, Eksekutif Unit Agihan Fidyah.
 
Diharapkan dengan perbincangan ini dapat memudahkan urusan agihan wang fidyah terutama kepada pelajar-pelajar terlibat yang dijangkakan akan bermula pada bulan Ogos 2024.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor