[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU SELANGOR 31 Julai 2021-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan asasi berjumlah RM35,000.00 kepada 350 keluarga Orang Asli yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di sekitar Hulu Selangor, Kuala Langat dan Gombak.
Makanan asasi yang disalurkan adalah beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya bernilai RM100 bagi setiap penerima menggunakan peruntukkan fidyah MAIS.
Bantuan kali ini disalurkan kepada penerima KOA di sekitar Hulu Selangor seramai 183 keluarga, Kuala Langat 85 keluarga dan Gombak 82 keluarga berjumlah RM35,000.00.
Salah seorang penerima iaitu Tok Batin Ahmad, dari Kg Orang Asli Serigala Sungai Selisih, Hulu Bernam menyatakan rasa bersyukur dengan bantuan yang diterima ini. “Keadaan sekarang agak kekurangan akibat pandemik COVID-19 ini. Alhamdulillah ada bantuan dari pihak MAIS. Saya amat bersyukur,” katanya.
Seramai 10 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Hulu Selangor, Kuala Langat dan Gombak membantu mengagihkan sumbangan kepada penerima.
Rata-rata RSAFM mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diterima ini. Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka yang menerima.
MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah di MAIS.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah, bolehlah menggunakan perkhidmatan pembayaran secara atas talian melalui e-MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6165″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6166″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]