MAIS ANJUR PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI SIRI DUA TAHUN 2024

MAIS ANJUR PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI SIRI DUA TAHUN 2024

432847429 791200972925104 7973315856333792249 n
BAGAN LALANG, 17 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Penghayatan Islam Komuniti Disayangi Siri Dua Tahun 2023 pada 15-17 Mac 2024 yang lalu.
 
Program ini dijalankan bagi membina jalinan ukhwah yang baik diantara asnaf Ar Riqab bagi kategori golongan yang disayangi bersama pendakwah.
 
Selain itu program ini bertujuan untuk membebaskan pemikiran komuniti daripada stigma yang dialami terhadap golongan pendakwah disamping membawa mereka kembali kepada fitrah dengan menghayati ajaran Islam sebenar.
 
Program ini mendapat kerjasama dari peruding Teraju Minda Resources ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang peserta.
 
Antara penceramah program ini adalah Muhammad Zulazizi Mohamed Zaidi, Penceramah bebas dan mutawwif, Ustaz Muhammad Hanafi Mohammed Zaidi, Imam Masjid Al Khasyi’in Kuala Lumpur dan Ustaz Umar Watson Tading, Ahli Panel Penasihatan Istitabah Selangor dan fasilitator bertauliah.
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat perpaduan sesama ahli komuniti serta sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
 
Peserta juga berpeluang untuk mengikuti tarawikh dan qiyamulail serta tazkirah Ramadhan yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Zulazizi Mohammad Zaidi.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
 
Dalam ucapannya, beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh peserta sepanjang program ini terutamanya dalam suasana bulan Ramadhan. Beliau juga turut berharap agar peserta mengaplikasikan ilmu yang dicurahkan di dalam kehidupan seharian. Peserta juga diingatkan agar terus berusaha ke arah lebih baik selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor