MAIS ANJUR PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2023

MAIS ANJUR PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI SIRI 2 TAHUN 2023

361656586 664595895585613 494109526497593793 n

GENTING HIGHLAND, 23 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Penghayatan Islam Komuniti Disayangi Siri 2 bagi Tahun 2023 pada 21-23 Julai 2023.

Program dijalankan bagi membina jalinan ukhwah yang baik di antara komuniti yang disayangi bersama golongan pendakwah.

Program ini juga bertujuan untuk membebaskan pemikiran komuniti daripada stigma yang dialami terhadap golongan pendakwah disamping menjinakkan golongan ini kearah menghayati ajaran Islam.

Alhamdulillah, program ini juga mendapat kerjasama dari Rumah Pemulihan Riqab, Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS).

Antara penceramah program ini adalah Ustaz Ahmad A’toa’ Mokhtar, Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah Dan Usuluddin Universiti Islam Selangor, Ustaz Mohd Firdauz Mohd Syukran, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan Ustaz Mohd Farid Mohamad Japeri, Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Narkotik Jelebu.

Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat perpaduan sesama ahli komuniti serta sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Adlan Maaruf Mohd Idris, Eksekutif Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh peserta sepanjang program ini. Beliau juga turut berharap agar peserta mengaplikasikan ilmu yang dicurahkan sepanjang sesi ceramah program ini di dalam kehidupan seharian. Peserta juga diingatkan agar terus berusaha ke arah perubahan selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.

Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor