MAIS ANJUR PROGRAM KESEDARAN ISU SOSIAL REMAJA BERTEMAKAN JIWA DIREDHAI

MAIS ANJUR PROGRAM KESEDARAN ISU SOSIAL REMAJA BERTEMAKAN JIWA DIREDHAI

448763727 847198347325366 2739362699249817307 n
BANTING, 16 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Kesedaran Isu Sosial Remaja Bertemakan Jiwa Diredhai bertujuan untuk mendidik golongan remaja dan belia asnaf riqab bagi menangani masalah sosial dengan lebih proaktif serta kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
 
Program yang berlangsung pada 14-16 Jun yang lalu memberi pendedahan kepada peserta mengenai semangat kerjasama berpasukan bagi memperkukuh jati diri terutama dalam menjalani proses pemulihan.
 
Seramai 58 orang remaja dan belia asnaf riqab yang berada di dalam Rumah Pemulihan Riqab, iaitu Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung, Pertubuhan Amal Dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKATS) dan Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS) terlibat dalam program ini.
 
Antara penceramah program ini adalah Ustaz Zulkurnain bin Hassan, pendakwah bebas, Encik Jamal Zaidi Ismail, penceramah bebas, Encik Zulkurnain Hasan, dan Mohd Ibrahirul Hisham Mohd Ibrahim serta Pn Mariam Zenin, fasilitator bertauliah.
 
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama sesama peserta serta sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS.
 
Dalam ucapannya, beliau memuji komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta yang tanpa jemu mengikuti program dan kursus yang dianjurkan oleh MAIS. Beliau juga berharap agar para remaja dan belia ini terus Istiqamah dalam usaha untuk kembali ke jalan yang diredhai dan sekaligus menjadi pelapis di masa akan datang.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan sangat berharap agar dapat mengikuti program ini pada masa akan datang.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor