SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH

SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH

358594988 657495579628978 1262103193698 1

BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar telah melawat Pusat Pengajian Pondok Bustanul Ariffin, Kampung Labohan Dagang, Banting dan tapak projek pembinaan rumah mangsa-mangsa banjir daerah Sepang bagi mendapatkan status terkini kemajuan pembinaan bangunan tersebut.

Selain itu, tujuan lain lawatan diadakan adalah untuk melihat kerja-kerja membaik pulih bangunan warden dan asrama serta bangunan asrama lama di Pusat Pengajian Pondok Bustanul Ariffin, Jalan Haji Amin, Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor Darul Ehsan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Encik Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Encik Mohd Nuri Abdul Aziz, Pengurus Besar Kumpulan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd dan Encik Mohd Zaki Abd Latiff, Pengurus Besar Bakti Suci Integrated Services Sdn Bhd.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor