MAIS ANJUR PERTANDINGAN INOVASI AGENSI AGAMA ISLAM SELANGOR 2023

MAIS ANJUR PERTANDINGAN INOVASI AGENSI AGAMA ISLAM SELANGOR 2023

396967768 715791517132717 1349920021671744627 n
SHAH ALAM, 1 November 2023 – Majlis Agama Islam Selangor telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Agensi Agama Islam Selangor bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam hari ini.
 
Sebanyak enam pasukan menyertai pertandingan Inovasi ini iaitu Kumpulan MAHIR dari Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Kumpulan JAEGERS dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).
 
Kumpulan HeBAT dari Bahagian Baitulmal MAIS, Kumpulan TechXPert dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Korporat MAIS, Kumpulan De Novo dari Jabatan Pendakwaan Syarie Negeri Selangor (JPSS) dan Kumpulan Amil Dinamik dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 
Setiap kumpulan rata-rata membentangkan program inovasi dalam pengurusan operasi secara manual kepada sistem digital.
 
Pertandingan ini telah disempurnakan penyampaian hadiahnya oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
 
Tahniah kepada kumpulan HeBAT yang dinobatkan sebagai Johan, naib johan pula diterima oleh kumpulan Amil Dinamik dan tempat ketiga dimenangi oleh TechXpert.
Saguhati Khas juga diberikan kepada ahli kumpulan yang lain iaitu MAHIR, JAEGERS dan De Novo.
 
Pertandingan telah diadili oleh juri dari MPC.
 
Semoga dengan program ini dapat menyemarakkan lagi budaya inovasi dan kreativiti buat semua agensi.
 
Turut hadir SS Dato’ Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YAA Dato’ Mohamad Adib bin Husin, Ketua Hakim Syarie JAKESS, YBhg. Dr. Hj Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.
 
Juga Pengurusan Tertinggi MAIS, Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor