MAIS ANJUR KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB 2023

MAIS ANJUR KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB 2023

407842548 7116992698338854 7489939219207184672 n
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran kejohanan boling sempena Program Sukan MAIS 2023, Agensi dan Anak Syarikat MAIS pagi ini telah mengadakan pertandingan boling bertempat di Wangsa Bowl, Setia City Mall pada 25 November lalu.
 
Kejohanan boling ini melibatkan 7 Agensi dan Anak Syarikat termasuk Majlis Agama Islam Selangor, LZS, YIDE, BAKTI SUCI, TERAS, dan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS).
 
Empat kategori bagi jumlah jatuhan pin boling merangkumi Kategori VIP, Kategori Kumpulan Lelaki dan Wanita, Kategori Individu Lelaki dan Wanita dan Kategori Pemenang Keseluruhan bagi jumlah jatuhan pin boling. PWS juga turut mengadakan cabutan bertuah untuk para peserta yang terlibat.
 
Kejohanan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
 
Pasukan dari LZS telah menduduki tempat pertama dan UIS Naib Johan. Manakala pasukan dari MAIS pula menduduki tempat ketiga.
 
Tahniah kepada PWS, semua pasukan atas penyertaan dan penganjuran kejohanan kali ini.
Semoga program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim antara semua agensi dan anak syarikat MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor