MAIS AGIH FIDYAH WANG SAKU PELAJAR BERJUMLAH RM4.68 JUTA, BANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN

MAIS AGIH FIDYAH WANG SAKU PELAJAR BERJUMLAH RM4.68 JUTA, BANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN

509142737 18495593626064155 8647309686089066045 n 1
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan fidyah wang saku pelajar berjumlah keseluruhan sebanyak RM4,683,900.00 untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melalui kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM).
 
Penyerahan agihan fidyah wang saku pelajar MAIS disempurnakan perasmian oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS dalam Majlis Pelancaran Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar Tahun 2025 di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.
 
Daripada jumlah RM4,683,900.00, sebanyak RM1,833,900.00 diagihkan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta, peruntukan RM1,500,000.00 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, RM1,050,000.00 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebanyak RM300,000.00 diagihkan kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
 
Peruntukan wang fidyah ini melibatkan agihan kepada 15,613 orang pelajar yang layak iaitu pelajar-pelajar dikalangan sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah rendah agama (SRA) dan sekolah kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negeri Selangor yang memenuhi syarat penerima agihan fidyah wang saku pelajar.
 
Pelaksanaan Program Fidyah Wang Saku Pelajar dibuat secara berkumpulan kepada golongan sasar melibatkan kolaborasi dan kerjasama dari Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) dalam membantu MAIS mengenalpasti dan mengagihkan kepada penerima yang layak bagi memastikan sumbangan fidyah orang ramai dapat dimanfaatkan secara optimum demi kepentingan golongan yang memerlukan.
 
Peruntukan agihan fidyah wang saku pelajar melibatkan kerjasama RSAFM iaitu Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam), Universiti Teknologi Mara (UiTM Puncak Alam), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Politech MARA Bangi, Universiti Selangor (UNISEL), Management and Science University (MSU), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JAIS dan YIDE mengikut bilangan pelajar yang layak.
 
Program Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar merupakan salah satu daripada inisiatif untuk membantu pelajar dalam meneruskan kelangsungan kehidupan semasa belajar. Setiap pelajar yang layak akan menerima RM300 setiap seorang sekali sahaja.
 
Yang mana, program ini adalah salah satu dari agihan fidyah seperti bantuan makanan asas dan wang tunai.
 
Pada tahun 2024, MAIS telah berjaya mengagihkan fidyah wang saku pelajar berjumlah RM4.84 juta melibatkan agihan kepada 16,139 orang pelajar di seluruh negeri Selangor yang memenuhi syarat penerima agihan wang saku pelajar.
 
Peruntukan agihan fidyah wang saku pelajar melibatkan kerjasama RSAFM iaitu Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam), Universiti Teknologi Mara (UiTM Puncak Alam), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Politech MARA Bangi, Universiti Selangor (UNISEL), Management and Science University (MSU), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JAIS dan YIDE mengikut bilangan pelajar yang layak.
 
Program Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar merupakan salah satu daripada inisiatif untuk membantu pelajar dalam meneruskan kelangsungan kehidupan semasa belajar.
 
Setiap pelajar yang layak akan menerima RM300 setiap seorang sekali sahaja. Yang mana, program ini adalah salah satu dari agihan fidyah seperti bantuan makanan asas dan wang tunai.
 
Pada tahun 2024, MAIS telah berjaya mengagihkan fidyah wang saku pelajar berjumlah RM4.84 juta melibatkan agihan kepada 16,139 orang pelajar di seluruh negeri Selangor yang memenuhi syarat penerima agihan wang saku pelajar.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor