LAWATAN PENGERUSI MAIS KE PUNCAK ALAM

LAWATAN PENGERUSI MAIS KE PUNCAK ALAM

511110014 1103266518385213 2664861455053868279 n
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin telah mengadakan lawatan ke institusi Islam di sekitar Puncak Alam bagi mendalami isu berbangkit dan hal ehwal semasa pada 20 Jun lepas.
 
Sesi lawatan ini disambut baik oleh Yang Berbahagia Tan Sri Rozali bin Ismail, Pengerusi Masjid Puncak Alam.
 
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Maahad Tahfiz Ismail (MTI), Puncak Alam.
 
Selain MTI, antara institusi yang dilawati ialah pejabat Puncak Alam Housing Sdn Bhd, tapak pembinaan Masjid Haji Ismail, dan Masjid Puncak Alam.
Antara pengisian dalam program kali ini ialah taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang dilawati Pengerusi MAIS.
 
Turut hadir ialah Encik Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (MAIS); Tuan Haji Shah Ruddin bin Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS; Encik Zaharuddin bin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS; barisan pengurusan Masjid dan Maahad Tahfiz yang terlibat.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor