LAWATAN MAIS KE YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
LAWATAN MAIS KE YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

Putrajaya, 20 Mei 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK telah mengadakan lawatan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diketuai oleh YBhg Dr Hjh Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS hari ini.
Â
Kunjungan disambut mesra oleh Puan Norazira, Pengarah Penyelaras NGO, Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, YADIM. Intipati kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan dan penyelarasan kegiatan NGO Islam dibawah YADIM.
Â
Selain itu, melalui kunjungan ini telah memberi manfaat terutamanya di dalam mengukuhkan hubungan dua hala disamping dapat membincangkan ruang dan peluang kerjasama antara MAIS dan YADIM melalui Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Â
Turut hadir juga Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS, Puan Hjh Hafizatulakmal Abdul Jalil dan Eksekutif Unit Pembangunan PIBK, Puan Amirah Addilah binti Mohd Johari.
Â
HULU SELANGOR, 22 Mei 2025-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 Mei – Seramai 12 orang pelajar dari...
SHAH ALAM, 20 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...