LAWATAN MAIS KE PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) BAGI GERAK KERJA PENGURUSAN DAKWAH DAN PENGISLAMAN
LAWATAN MAIS KE PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) BAGI GERAK KERJA PENGURUSAN DAKWAH DAN PENGISLAMAN

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK telah mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) di bawah MAIS hari ini.
Lawatan diketuai oleh YBhg Dr Hjh Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS bersama beberapa pegawai dari Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.
Lawatan dimulakan dengan dengan melawat ke Ibu Pejabat Hidayah Centre Foundation (HCF) di Pusat Bandar Melawati Kuala Lumpur. YBhg Tuan Joannes bin Lukas, Ketua Pegawai Eksekutif HCF bersama para pegawai operasi HCF menyambut baik kehadiran lawatan MAIS.
Tujuan lawatan adalah merupakan salah satu gerak kerja pengurusan dakwah dan pengislaman termasuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti pertubuhan.
Selain itu, YBhg Dr Hjh Norraini binti Nordin turut mengadakan lawatan dan pertemuan pada sebelah petang dengan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor, YBhg Tuan Hj Muhammad Fitri bin Abdullah di Ibu Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dalam dua (2) sesi kunjungan ini, beliau dan rombongan telah diberi taklimat mengenai pengurusan pengislaman dan aktiviti serta program dakwah yang dilaksanakan oleh pertubuhan masing-masing.
Terdapat banyak ruang dan peluang kerjasama telah dibincangkan selain beliau turut menyampaikan pandangannya tentang isu pengurusan dakwah dan pengislaman di negeri Selangor khususnya.
Terima kasih diucapkan kepada pertubuhan Hidayah Centre Foundation dan PERKIM Bahagian Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjungan ini dan diharapkan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS ini akan terus berusaha ke arah penyampaian perkhidmatan dan dakwah yang berkualiti.
HULU SELANGOR, 22 Mei 2025-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 Mei – Seramai 12 orang pelajar dari...
SHAH ALAM, 20 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...