LAWATAN MAIS KE MBSA KONGSI PENGALAMAN PENGURUSAN ADUAN AWAM
LAWATAN MAIS KE MBSA KONGSI PENGALAMAN PENGURUSAN ADUAN AWAM

MELAKA, 17 November 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab telah mengadakan Bengkel Melestarikan Modul Istitabah MAIS bertujuan untuk memurnikan pengisian dan pendekatan pemulihan ahli Global Ikhwan Services And Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada 15-17 November yang lalu.
Â
Seramai 25 orang ahli bengkel terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan antaranya ialah Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Universiti Malaya(UM), Universiti Islam Selangor (UIS), dan pegawai-pegawai Bahagian Pemulihan Riqab MAIS.
Â
Ahli bengkel adalah Dato’ Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Haji Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor; Dr. Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS; Pensyarah-Pensyarah dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Selangor.
Â
Turut serta ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, MAIS dan Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Ehsan, MAIS.
Â
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Khadijah Binti Mohd Khambali@Hambali, Professor Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya sebagai Ketua Pakar.
Â
SHAH ALAM, 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis...
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah...