LAWATAN KE PUSAT SEMBELIHAN SRI SEGAR CORPORATION SDN BHD
LAWATAN KE PUSAT SEMBELIHAN SRI SEGAR CORPORATION SDN BHD

SHAH ALAM, 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini telah melaksanakan lawatan ke Pusat Sembelihan di Sri Segar Corporation Sdn. Bhd.
Sesi lawatan diketuai oleh YAD Tan Sri Dato Seri Mohd Zawawi bin Salleh, Anggota MAIS merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Halal Negeri Selangor.
Lawatan ini bertujuan melihat kaedah sembelihan, proses pengendalian ayam, penyimpanan, pelabelan dan kebersihan mengikut hukum syarak serta standard pensijilan halal Malaysia di premis sembelihan tersebut.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategik Korporat; Encik Suhaimi bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan; Ustazah Nazihan binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAIS dan Puan Noormala binti Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi...
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...