KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2023
KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2023
BAGAN LALANG, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Kursus Tafaqquh Fiddin Pembimbing Riqab Siri 1/2023 bermula 3 – 5 Mac 2023.
Kursus diadakan bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tugas sebagai seorang pembimbing. Selain itu, kursus ini juga dapat mempelajari ilmu tauhid, feqah dan fardhu ain dengan lebih baik.
Program selama 3 hari 2 malam ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut dihadiri oleh seramai 48 orang Pembimbing Riqab dari seluruh Selangor.
Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Dalam ucapannya, beliau berharap agar dengan ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini yang telah disampaikan oleh para ilmuan yang unggul dapat diadaptasi serta membimbing para Asnaf Riqab agar kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya.
Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Mat Jais Kamos, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Penolong Mufti Selangor Unit Khidmat Nasihat serta Ustazah Sabariah Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...