KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 1/2024
KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 1/2024
Subang Jaya, 27 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Pembimbing Riqab Siri 1/2024 pada 25-27 Oktober bertujuan sebagai medium pemantapan pemahaman, pengukuhan dan penguasaan fardhu ain kepada peserta yang terlibat bersesuaian dengan tugas sebagai pembimbing riqab.
Â
Peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah seramai 55 orang guru pembimbing Riqab yang mengajar dan membimbing para pelatih di Rumah Pemulihan Riqab MAIS. Kursus ini melibatkan enam orang penceramah daripada pelbagai bidang dan kepakaran antaranya ialah Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Haji Solekhan Roup; Puan Khairiah Mohamed; Puan Mazdurah Mohd Zin; Tuan Mohd Amer Tuan Ismail dan Tuan Haji Hushim Haji Salleh.
Â
Perasmian disempurnakan oleh Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Â
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing riqab yang telah dilantik bagi menjalankan tugas tanggungjawab sebagai pembimbing dalam proses pemulihan kepada asnaf riqab.
Â
Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam menambah baik pengurusan tugas pembimbing riqab agar cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membimbing asnaf riqab di negeri Selangor.
Â
TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 8 November – Seramai 84 mahasiswa dan mahasiswi...
SHAH ALAM, 7 Nov – Seramai 42 orang pelajar semester...
Subang Jaya, 27 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Klang, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...