KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH TAHUN 2024

KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH TAHUN 2024

449072198 849723760406158 280110968878131902 n
SUBANG JAYA, 23 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Panel Penasihatan Akidah dan Panel Istitabah Fasa 1 Tahun 2024 bertujuan untuk memantapkan kaedah dan pelaksanaan Penasihatan Akidah serta Istitabah dalam membimbing asnaf riqab supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
 
Program yang berlangsung pada 21-23 Jun yang lalu memberi pendedahan kepada peserta mengenai semangat kerjasama berpasukan bagi memperkukuh profesionalisme para ahli panel penasihatan akidah dan istitabah ini.
 
Seramai 32 orang Ahli Panel Penasihatan Akidah dan Panel Istitabah dari seluruh Selangor terlibat dalam program ini. Antara penceramah program ini adalah Ustaz Zulkurnain Hassan, pendakwah bebas; Encik Jamal Zaidi Ismail, penceramah bebas; Encik Zulkurnain Hasan, dan Mohd Ibrahirul Hisham Mohd Ibrahim serta Puan Mariam Zenin, fasilitator bertauliah.
 
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama sesama peserta serta sesi perkongsian sesama ahli bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua ahli panel penasihatan akidah dan istitabah terus istiqamah dalam menjadi barisan hadapan bagi menangani isu akidah khususnya di negeri Selangor. Beliau juga berharap agar program ini dapat memperkukuhkan lagi teknik kepimpinan dan profesionalisme para ahli panel yang terlibat.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan sangat berharap agar dapat mengikuti program ini pada masa akan datang.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor