KURSUS PEMANTAPAN GURU PEMBIMBING RIQAB MAIS SIRI 1/2022
KURSUS PEMANTAPAN GURU PEMBIMBING RIQAB MAIS SIRI 1/2022
BANTING, 2 Oktober 2022 – Kursus Pemantapan Guru Pembimbing Riqab MAIS Melibatkan Pembimbing-pembimbing Kelas Asnaf Riqab telah diadakan bertempat di Villea Morib, Banting pada 30 September & 1-2 Oktober 2022.
Program dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran membimbing dan pendekatan terhadap golongan asnaf riqab. Selain Itu kursus ini juga bertujuan menambahkan lagi ilmu bagi mendorong asnaf riqab mendalami agama dengan lebih konsisten.
Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan dihadiri seramai 40 orang Guru Pembimbing Riqab di seluruh Negeri Selangor. Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata semangat kepada para peserta yang hadir untuk memantapkan kemahiran dan terus kekal positif dalam mendepani cabaran yang mendatang sebagai pembimbing kepada setiap golongan asnaf riqab.
Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Ustaz Solekhan bin Roup; Konsultan Motivasi, Exact Ventures; dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais bin Kamos.
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...