[vc_row][vc_column][vc_column_text]GOMBAK 17 Ogos – Walaupun mereka terdiri dari golongan belia yang terjebak dengan najis dadah, namun mereka juga ingin berubah untuk tidak kembali terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Melihat kesungguhan golongan belia ini untuk berubah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial telah menganjurkan program bimbingan dan rawatan bagi golongan penagih dadah dalam proses pemulihan yang tinggal di kawasan sekitar Selayang dan Gombak.
Program yang dinamakan Ilaj & Rehab Riqab Siri 2/2020 ini mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak dan Majlis Pengurusan Ketua Kampung Nakhoda, Gombak.
Seramai 38 orang peserta telah hadir mengikuti program ini yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan pemulihan secara menyeluruh kepada golongan asnaf riqab yang terbelengu dengan najis dadah.
Menerusi program ini juga dapat mewujudkan sifat kesungguhan dalam diri untuk pulih dari ketagihan dadah serta membuka ruang dan peluang untuk mereka terus istiqamah dalam proses pemulihan.
Antara proses pemulihan yang diketengahkan adalah penggunaan modul Istitabah iaitu rawatan spiritual Islam selain peserta didedahkan dengan aktiviti ceramah dan kaunseling, solat berjemaah serta tazkirah agama.
Menurut salah seorang peserta yang mengikuti program ini merasa sangat terharu kerana masih ada yang mengambil berat dan memberikan sokongan kepada mereka.
“Terima kasih kepada MAIS, AADK Gombak dan semua yang terlibat dalam program ini, diharapkan program seumpama ini, dapat menyuntik semangat penagih-penagih seperti kami untuk terus pulih seperti sediakala,”ujarnya.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4076″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4078″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4077″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4079″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]