KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Shah Alam 10 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan hormat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.
Delegasi seramai enam orang diketuai oleh Tuan Amran Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa.
Lawatan adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan panduan dalam memperkasakan pendidikan Tahfiz & Turath di negara ini ke arah melahirkan generasi pewaris Nabi Muhammad S.A.W yang berwibawa seiring zaman kini.
Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS mengalu-alukan kehadiran Yayasan Sofa dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS, Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS dan Ustaz Abd. Halim Saljadi, Ketua Sektor Pentadbiran BPI JAIS.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...