KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE JPSS BAGI MEMPERKASA SISTEM PEMULIHAN UMAT ISLAM DI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE JPSS BAGI MEMPERKASA SISTEM PEMULIHAN UMAT ISLAM DI SELANGOR

449703289 855854716459729 567555309131868550 n
Shah Alam, 2 Julai 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial (SPS) mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.
 
Kunjungan tersebut bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan isu hukuman alternatif dan perintah kemasukan pesalah ke Rumah Pemulihan Majlis khususnya kes-kes asnaf riqab serta menawarkan sumbangan agihan fidyah kepada mereka yang layak dibantu di kalangan kakitangan JPSS.
 
MAIS yang diwakili oleh Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, En. Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Puan Nazatushima Osman, Penguasa Baitul Ehsan dan Puan Mazlina Binti Osman, Penguasa Baitul Iman dan Baitul Islah&AADK.
 
Kehadiran pihak MAIS disambut mesra oleh Tuan Haji Zainor Rasyid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie JAKESS dan seterusnya mempengerusikan sesi perbincangan tersebut.
 
Turut hadir bersama adalah Puan Zamniazura binti Mohd Sarin Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Puan Shabariah binti Hussin, Ketua Bahagian Pengurusan Rekod dan Kes, Tuan Hussaini bin Roslin Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Puan Siti Nor hashibah binti Jamhari Ketua Seksyen Rayuan serta Tuan Hasrul Hafiszie bin Ahmad Kamal Ketua Seksyen Perbicaraan JPSS.
 
Semoga dengan sesi perbincangan ini akan dapat membantu agensi agama islam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan pendakwaan pesalah ke Rumah Pemulihan Majlis bagi pemulihan masyarakat yang dibelenggu masalah sosial dan akidah di Selangor serta pengurusan hal ehwal Islam yang berkait dengan perundangan Islam dapat ditambahbaik dan lebih sistematik.
 
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan JPSS.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor