KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE JAKESS BAGI MENGATUR STRATEGI HAL EHWAL ISLAM
KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE JAKESS BAGI MENGATUR STRATEGI HAL EHWAL ISLAM
Shah Alam, 6 Jun 2024-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial (SPS) mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Kunjungan tersebut bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan pengurusan hal ehwal Islam khususnya kes-kes asnaf riqab dan muallaf. Juga menawarkan sumbangan agihan fidyah kepada mereka yang layak dibantu di kalangan kakitangan JAKESS.
MAIS yang diwakili oleh Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS, Puan Hafizatulakmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Mualaf & Pembbangunan PIBK MAIS, En. Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, MAIS dan Puan Nazatushima Osman, Penguasa Baitul Ehsan.
Kehadiran pihak MAIS disambut mesra oleh Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS dan seterusnya mempengerusikan perbincangan tersebut.
Turut hadir bersama adalah Tuan Abd. Halim Abu Samah, Pegawai Penyelidik, Tuan Mohd Firdaus Mohed, Pegawai Penyelidik, Tuan Fairus Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif, Puan Noralwani Waimin, Timbalan Pendaftar dan Encik Ahmad Hanis Ahmad Nafri, Pegawai Komunikasi Korporat.
Semoga dengan perbincangan ini akan dapat membantu masyarakat Islam umumnya dalam pengurusan hal ehwal Islam yang berkait dengan perundangan Islam dengan lebih baik dan sistematik.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan JAKESS.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...