KEBAKARAN GAS PUTRA HEIGHTS: MAIS SANTUNI 234 MANGSA, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING DAN WANG SAKU PELAJAR BERNILAI RM57,876.00

KEBAKARAN GAS PUTRA HEIGHTS: MAIS SANTUNI 234 MANGSA, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING DAN WANG SAKU PELAJAR BERNILAI RM57,876.00

490134956 1049348870443645 5814687774154999017 n
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyantuni 234 mangsa termasuk pelajar-pelajar yang terjejas dengan mengagihkan bantuan kotak makanan kering dan wang saku pelajar bernilai keseluruhan RM57,876.00 akibat insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini.
 
Daripada jumlah keseluruhan RM57,876.00, sebanyak RM35,076.00 diperuntukkan bagi bantuan kotak makanan kering dan RM22,800.00 bagi Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar.
 
Seramai 158 orang ketua keluarga menerima bantuan kotak makanan kering bernilai RM220. Setiap ketua keluarga menerima kotak makanan kering berupa beras, gula,minyak masak,tepung gandum, susu, bihun, kicap, sos, biskut, makanan dalam tin dan minuman coklat.
 
Manakala, 76 orang pelajar sekolah menerima bantuan Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar melibatkan bantuan tunai sebanyak RM300 bagi setiap pelajar yang terjejas.
 
Sumbangan bantuan menggunakan peruntukan wang Fidyah MAIS bertujuan membantu meringankan tekanan dan kesulitan yang dihadapi mangsa yang terlibat termasuk pelajar-pelajar yang terkesan dan sebagai persediaan masuk ke rumah sewa.
 
Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.
 
MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat memastikan mangsa cukup makanan serta meringankan kos perbelanjaan pembelian makanan harian.
 
Orang ramai yang ingin membuat bayaran dan taksiran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor