KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA AHMADI DIHATIKU 100 TAHUN

KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA AHMADI DIHATIKU 100 TAHUN

362275608 661621865883016 409660750847983503 n

19 Julai 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan Masjid Ahmadi Rantau Panjang, Klang bagi memeriahkan aktiviti yang dianjurkan bersempena Ahmadi Dihatiku 100 Tahun.

Kaunter penerangan MAIS dibuka bagi memudahkan jemaah yang hadir bagi bertanyakan berkenaan pengurusan Harta Islam yang terdapat di MAIS.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid kerana memberi ruang kepada pihak MAIS untuk memberi taklimat ringkas berkenaan pengurusan pusaka dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Baitulmal.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat bin Mohd Suhaimi, Penolong Pengurus Baitulmal Daerah Klang & Kuala Langat.

Turut hadir bersama pegawai  dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Ibu Pejabat MAIS dan Pegawai Baitulmal Daerah Klang.

Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli qariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.

Rancang dan urus pembahagian anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:

https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari:

www.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor