JEMPUTAN CERAMAH WASIAT & PENGURUSAN HARTA ANJURAN PERKIM CAWANGAN PERGERAKAN BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN

JEMPUTAN CERAMAH WASIAT & PENGURUSAN HARTA ANJURAN PERKIM CAWANGAN PERGERAKAN BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN

362672706 663094842402385 2616060432114949613 n

23 Julai 2023 – Baitulmal MAIS telah dijemput oleh PERKIM Cawangan Pergerakan Belia Wilayah Persekutuan bersama Masjid Kota Damansara untuk mengisi slot pada program Kursus Pengurusan Jenazah yang bertempat di Masjid Kota Damansara.

Program tersebut dimulakan dengan ceramah & amali berkaitan pengurusan jenazah kepada para peserta yang melibatkan sebahagian besar saudara baru di sekitar lembah klang. Program ini telah dihadiri lebih 50 orang peserta dikalangan lelaki & wanita.

Pihak Baitulmal MAIS yang telah diwakili oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Sektor Baitulmal telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah berkaitan “Wasiat & Pengurusan Harta” kepada para peserta di akhir slot program tersebut.

Antara topik yang diberi penekanan adalah berkaitan pewarisan harta orang Islam dan kepentingan merancang harta semasa hidup. Ia juga memberi pencerahan kepada saudara baru memahami isu dan masalah yang sering berlaku melibatkan saudara baru.

Alhamdulillah melalui taklimat yang telah diberikan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta kerana diberi berpeluang untuk memahami konsep pengurusan harta dalam Islam yang jarang sekali dibicarakan dalam komuniti saudara baru.

Semoga dengan perkongsian tersebut, sedikit sebanyak memberikan pemahaman kepada para peserta untuk menjadi pemilik harta yang bertanggungjawab dan perkhidmatan yang ditawarkan di Majlis Agama Islam Selangor.

Rancang & urus harta anda bersama Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Sila layari pautan dibawah bagi permohonan wasiat & hibah secara atas talian.

https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari; www.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor