JALINAN UKWAH PENGERUSI MAIS BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, PENGERUSI AGENSI DAN ANAK SYARIKAT

JALINAN UKWAH PENGERUSI MAIS BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, PENGERUSI AGENSI DAN ANAK SYARIKAT

486550217 1036889101689622 4148882690470762439 n
SHAH ALAM, 26 Mac 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan majlis ringkas bertujuan mengeratkan jalinan ukwah antara MAIS dan Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Pengerusi Agensi dan Anak Syarikat MAIS dan tanda penghargaan sempena bulan Ramadhan dan Syawwal bagi tahun 1446H hari ini.
 
Melalui majlis ini, semua pihak dapat memberi pandangan dan bersuai kenal bersama YAD Senator Dato Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Selain itu, Pengerusi MAIS turut berbesar hati menyampaikan Simbolik Penghargaan diiringi oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada semua Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Pengerusi Agensi dan Anak Syarikat MAIS yang hadir.
 
Dalam ucapan ringkasnya, Pengerusi MAIS amat mengalu-alukan kerjasama semua Jabatan,Agensi dan anak syarikat MAIS dalam usaha memperkasa Hal Ehwal Islam di Selangor dan beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan sebelum ini dan di masa akan datang.
 
Turut hadir dalam menjayakan majlis ini adalah YAD Dato’ Setia Prof Madya Dr Haji Anhar Haji Opir, Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dato’ Haji Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Dato’ Haji Ibrahim Md Yusof, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); Puan Sofian Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangor dan Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor serta Pengurus Besar dan Pengurusan Tertinggi agensi dan anak syarikat MAIS.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor