HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID DAMANSARA PERDANA, PETALING

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID DAMANSARA PERDANA, PETALING

395549763 714621303916405 2629417725025915230 n
Petaling, 27 Oktober 2023 – Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal mengadakan Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Damansara Perdana, Petaling kepada jemaah kariah sekitar bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka.
 
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS.
Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
 
Turut hadir bersama pegawai dari Baitul Ehsan, Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor yang turut membuka kaunter penerangan dan runding cara kepada jemaah yang bertanyakan soalan.
 
Turut dikongsikan kuliah berkenaan kepentingan serta hikmah berwasiat dan kaedah penulisan wasiat di Majlis Agama Islam Selangor.
 
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir.
 
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :
 
Info lanjut, sila layari :
www mais.gov.my

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor