DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN KETUA PENDAKWA SYARIE, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR, PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR, PENDAFTAR WALI RAJA DAN PENDAFTAR KANAN
DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN KETUA PENDAKWA SYARIE, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR, PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR, PENDAFTAR WALI RAJA DAN PENDAFTAR KANAN

SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan menyerahkan watikah pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Wali Raja dan Pendaftar Kanan dengan keseluruhan seramai 32 orang penerima watikah dalam satu majlis istiadat yang diadakan di Istana Bukit Kayangan.
Kesemua pelantikan ini dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003).
Â
Bagi pelantikan Ketua Pendakwa Syarie di bawah Subseksyen 78 (1) EPAINS dikurniakan kepada Puan Sofian Ahmad dari Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor; YA Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, manakala pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Norsalwa Abdullah Thani, Tuan Nur Fattah Ahmed, Tuan Muhammad Jimmy Muhammad Azlin dan Tuan Rohaizad Redzuan.
Pelantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah di bawah perenggan 60 EPAINS. Pelantikan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Marina Abdul Rahman dan pelantikan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada Tuan Abd Halim Abu Samah, Tuan Muhammad Hafiz Moksin, Puan Noranizan Mohd Sufian, Tuan Mohd Khairi Kamis, Puan Siti Salmiah Ismail, Puan Adibah Umar, Puan Noor Syazweena Mohamad Sakdun dan Puan Nurul Hidayah Jani.
Â
Selain itu, seramai tiga orang penerima watikah Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di bawah perenggan 60 (c) EPAINS dikurniakan kepada Puan Nurul Nabilah Mohd Sabaruddin, Puan Nurrul Izzah Mohd Jamil dan Puan Nur Liyana Meswan.
Â
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Subseksyen 58 (1) EPAINS menerangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis, dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula di bawah Subseksyen 59 (1) EPAINS 2003 iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan bersama, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Â
Pada istiadat tersebut juga, seramai 11 orang penerima menerima watikah pelantikan Pendaftar Wali Raja di bawah Subseksyen 28 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 antaranya ialah Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Tuan Jafri Abdullah; Tuan Zakaria Othman; Tuan Mohammad Azli Ab Rahman; Tuan Muhammad Adam Ab Rashid; Tuan Mohamad Husairi Mohamed Wildan; Tuan Mohd Nazim Bahnan; Tuan Muhammad Mukhlis Muhammad Rosli; Tuan Kamaruzzaman Husni dan Tuan Muhammed Shouib Awalludin serta Pelantikan Pendaftar Kanan dikurniakan kepada Tuan Hazman Che Mohamad.
Â
Bagi pelantikan Tuan Lukman Mohd Husni dikurniakan sebagai Pendaftar Wali Raja dan Pendaftar Kanan.
MAIS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Wali Raja dan Pendaftar Kanan.
Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus hal ehwal Islam Negeri Selangor dan seterusnya memacu kemajuan ummah Islam di Negeri Selangor.
Â
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...