DAERAH TERAKHIR PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI DI SEPANG
DAERAH TERAKHIR PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI DI SEPANG

SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin mengetuai Program Turun Padang terakhir ke daerah iaitu Sepang bagi mendalami sendiri keadaaan hal ehwal Islam di sini termasuk menziarahi sekolah terbakar dan masjid yang memerlukan naik taraf.
Â
Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Sepang, Ustaz Mohamad Nazri Sobirin.
Â
Perkembangan ehwal Islam di Sepang dan perbincangan isu dikongsikan bersama oleh PTA. Beliau juga mengucapkan rasa terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang yang dianggapnya amat bertuah.
Â
Program diteruskan dengan lawatan ke Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) Jannatul Ma’wa, Kg Labu Lanjut yang disambut mesra oleh Pengetua dan guru-guru kanan sekolah tersebut.
Antara lain, Pengetua berkongsi berkaitan perkembangan sekolah dan turut membawa rombongan melawat kawasan sekitar termasuk bekas kelas yang terbakar sebelum ini.
Â
Seterusnya lawatan diteruskan ke Masjid Ar Ridha, Jenderam Hulu dengan solat Zohor secara berjemaah dan perkongsian perkembangan aktiviti masjid tersebut yang kelihatan agak uzur dan perlu dinaik taraf.
Â
Lawatan terakhir ke Saudagar Nanas Agrofarm, Kg Sungai Merab dan Stesen Petron yang melibatkan pengurusan dana wakaf di negeri Selangor. Kedua-dua projek ini merupakan simbol kepada manfaat wakaf yang sangat besar kepada umat Islam.
Â
Turut hadir Dr. Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sepang; Ketua-ketua Unit dari Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, pemimpin setempat, wakil Pengurusan Tertinggi MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor.
Â
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...
Klang, 16 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...