[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 19 Mac – Prihatin terhadap warga kerja hospital dan Pusat Kesihatan Daerah Negeri Selangor yang bertugas dan berkorban menangani COVID-19, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang sebanyak RM10,000 bagi tujuan pembelian 3000 pek makanan kering untuk mereka.
Sumbangan MAIS ini menggunakan wang Baitulmal dan pelaksanaannya adalah dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS). Sumbangan ini akan dilaksanakan secepat mungkin secara berperingkat.
Sebanyak 3,000 pek makanan kering seperti roti dan air kotak ini akan diuruskan oleh LZS dan TERAS dengan kerjasama Jabatan Sosial Hospital dan Pusat Kesihatan Daerah.
TERAS akan menguruskan pembekalan dan pengedaran bantuan makanan kering ini terus kepada Hospital dan Pusat Kesihatan Daerah Negeri Selangor secara berperingkat. Agihan bantuan makanan ini akan diutamakan kepada Hospital Sungai Buloh memandangkan mereka menguruskan lebih ramai pesakit COVID-19.
Melalui usaha ini, MAIS amat berharap dapat meringankan beban semua pihak terutamanya barisan hadapan yang banyak berkorban dalam menangani wabak COVID-19. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Kenyataan oleh: YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.
[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]