BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB
BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB
SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Modul Kerohanian Rumah Pemulihan Riqab (RPR) pada 26 – 27 Ogos bertujuan untuk menyelaras modul-modul kerohanian di setiap RPR bagi memastikan modul yang digunapakai menepati kehendak syariah.
Peserta yang terlibat dalam program hampir 25 orang melibatkan pengusaha RPR MAIS antaranya ialah Rumah Sahabat, Rumah Kem Perkid, Rumah Raudhatus Sakinah , Rumah Bayt Rahmah dan Rumah Pintas.
Bengkel ini dirasmikan oleh Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Hadir sama ialah SS Dato Prof Madya Dr Haji Miszairi Haji Sitiris, Timbalan Mufti Selangor; Prof. Dr Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Anggota MAIS; Prof. Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Prof Madya Dr Ahmad Najaa Mokhtar, Anggota Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS; Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan
wakil pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Semoga dengan bengkel yang diadakan akan dapat merealisasikan penyeragaman Modul Kerohanian Rumah Pemulihan Riqab MAIS yang lebih efektif.
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...