BENGKEL KEMASKINI GERAK KERJA PENGURUSAN KES MAHKAMAH
BENGKEL KEMASKINI GERAK KERJA PENGURUSAN KES MAHKAMAH
SHAH ALAM, 18 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Sosial, Sektor Undang-Undang dengan kerjasama Unit Khidmat Nasihat Jabatan Mufti Selangor telah mengadakan bengkel bagi mengemaskini gerak kerja dalam pengurusan kes di mahkamah bermula 17 hingga 18 Februari 2023.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan gerak kerja yang lebih teratur dan sistematik serta jaringan kerjasama antara MAIS, Jabatan Mufti Selangor dengan agensi lain yang berkaitan dalam menangani isu berkaitan akidah di Selangor.
Bengkel ini dihadiri Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Penolong Mufti, Bahagian Fatwa, Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor, Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS dan Puan Nurul Shakirah binti Johari Ketua Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS.
Turut hadir ke bengkel ini adalah sukarelawan serta panel penasihatan akidah dari Jabatan Mufti Selangor.
Hasil daripada pembentangan dan perkongsian isu-isu berbangkit, bengkel kali ini dapat mewujudkan manual gerak kerja yang seragam antara Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Bahagian Undang-Undang Syariah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab dan Jabatan Mufti Selangor serta beberapa resolusi.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...