BAITUL IMAN MAIS TERIMA LAWATAN PESERTA MUZAKARAH ZAKAT NUSANTARA KALI KE-2 TAHUN 2024
BAITUL IMAN MAIS TERIMA LAWATAN PESERTA MUZAKARAH ZAKAT NUSANTARA KALI KE-2 TAHUN 2024
Hulu Selangor, 4 Julai – Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan dari peserta Muzakarah Zakat Nusantara Kali ke-2 Tahun 2024 di sini hari ini.
Â
Delegasi lawatan seramai 100 orang peserta yang mewakili Institusi Zakat dari lima buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam yang diketuai oleh Dr. Hasanah binti Abd Khafidz, Pengarah Muzakarah Zakat Nusantara kali ke-2 Tahun 2024 bertujuan untuk melihat pengurusan dana Riqab dalam pengoperasiannya.
Â
Pihak MAIS diketuai oleh Dr. Hajah Norraini binti Nordin mengalu-alukan kehadiran delegasi dan sesi taklimat mengenai Sektor Pembangunan Sosial dan Pengoperasian Baitul Iman (Rumah Pemulihan Majlis).
Â
Pihak UKM dan LZS mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas layanan dan kerjasama yang diberikan.
Â
Turut hadir ialah Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Ketua Jabatan Dakwah dan Perundangan LZS.
Â
Shah Alam, 29 April – Program turun padang Pengerusi Majlis...
Shah Alam, 23 April – Program turun padang Pengerusi Majlis...
Shah Alam, 22 April – Program turun padang Pengerusi Majlis...
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...