BAITUL EHSAN ANJUR SEMINAR KESEDARAN SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR

BAITUL EHSAN ANJUR SEMINAR KESEDARAN SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR

466900857 944467710931762 1148394183277869591 n
SABAK BERNAM, 9 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah mengadakan Seminar Kesedaran Sosial di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Sabak Bernam.
 
Seramai 40 orang pelajar perempuan daripada 14 buah Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam telah mengikuti seminar ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada remaja khususnya pelajar sekolah menengah mengenai bahayanya gejala sosial dan akidah yang semakin berleluasa.
 
Seminar ini adalah hasil kolaborasi antara Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam (PPD).
 
Sebanyak empat agensi di Daerah Sabak Bernam telah diundang bagi memberi perkongsian ilmu berkaitan isu-isu gejala sosial antaranya seperti ketagihan gadget, vape & dadah, kehamilan remaja luar nikah dan juga akidah.
Antara penceramah bagi program ini adalah En. Kamal Amir bin Osman Ketua Cawangan Agama (BAKA) dari IPD Sabak Bernam, Dr. Siti Hajar binti Abd Shukor, Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam, En. Muhamad Syahir bin Mahamad Azazis, Penolong Pegawai Anti Dadah (AADK) Daerah Sabak Bernam dan Ust Hj Mohd Farid bin Dawam, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang, Sabak Bernam.
 
Di akhir program, taklimat berkaitan perkhidmatan Rumah Pemulihan Majlis (RPM) telah disampaikan oleh Puan Nazatushima binti Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program dan sangat berharap agar dapat mengikuti program seperti ini lagi pada masa akan datang.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor