AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM52,182.00 DIAGIH KEPADA 234 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM52,182.00 DIAGIH KEPADA 234 PENERIMA YANG LAYAK

4 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM 52,182,00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Â
Terdapat 2 tempat agihan iaitu semuanya melibatkan daerah Hulu Langat dengan jumlah 234 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM 52,182.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
Â
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di daerah Hulu Langat yang berasingan iaitu Masjid Al Ehsan Kg Sg Serai Batu 11 dan SMI Integrasi Tahfiz As Syakirin.
Â
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi...
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...