AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM118,636.00 DIAGIH KEPADA 532 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM118,636.00 DIAGIH KEPADA 532 PENERIMA YANG LAYAK
9 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM 118,636,00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Â
Terdapat 4 tempat agihan iaitu semuanya melibatkan daerah Sabak Bernam dan Ranjung Karang dengan jumlah 532 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM 118,636.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
Â
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di daerah Sabak Bernam iaitu di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Sabak Bernam dan di daerah Tanjung Karang di SK Bukit Belimbing, SRA Seri Desa dan SK Seri Gambut.
Â
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Shah Alam, 29 April – Program turun padang Pengerusi Majlis...
Shah Alam, 23 April – Program turun padang Pengerusi Majlis...
Shah Alam, 22 April – Program turun padang Pengerusi Majlis...
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...