AGIHAN FIDYAH MAIS RM45,480.00 DIAGIH KEPADA 379 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH KLANG
AGIHAN FIDYAH MAIS RM45,480.00 DIAGIH KEPADA 379 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH KLANG

20 Oktober 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM45,480.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Terdapat 29 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Klang dengan jumlah 379 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM45,480.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman, Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang, SMK Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Al-Islah Kpg. Nelayan Telok Gong , SK Bukit Kapar, SMK Meru dan lain-lain lokasi.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini https://fpxv2.mais.gov.my/
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
Pengenalan Islam sebagai agama yang syumul (menyeluruh) dan sempurna telah...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...