84 MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
84 MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

SHAH ALAM, 8 November – Seramai 84 mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan, Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal.
Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Ros Aniza Mohd Shariff, Assistant Professor UIAM disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.
Antara lain dalam lawatan bertujuan mendapatkan maklumat berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta yang dikendalikan di bawah MAIS termasuklah hibah, wasiat, harta pusaka dan harta tidak patuh syariah.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan pengurusan zakat dan waqaf di negeri Selangor.
“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya.
Sementara itu, Dr Ros Aniza berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal.
SHAH ALAM, 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis...
GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah...