RAJA BERDAULAT PENDIRI PERSEKUTUAN

RAJA BERDAULAT PENDIRI PERSEKUTUAN

Kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia termaktub dalam dua buah dokumen perundangan tertinggi negara. Dalam konteks negeri Selangor, pertama, kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai raja pemerintah berdaulat dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Sebelum tahun 1959, sudah wujud perlembagaan negeri Selangor dalam bentuk moden yang dimasyhurkan sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1948 yang kemudiannya dipinda selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kedua, kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai raja Melayu yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

img01 1
Sumber imej: https://m-update.com/

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu secara perundangan bermula dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957 yang ditandatangani oleh sembilan orang raja-raja Melayu berdaulat. Bersama Perjanjian tersebut dilampirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang tertakluk kepada perkenan akhir DYMM Sultan Selangor serta raja-raja Melayu lain melalui penggubalan enakmen Negeri selepas merundingi Majlis Negeri masing-masing dan kemudiannya ordinan Persekutuan yang perlu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. [1]

[1] Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, Fasal 6.

img02
Sumber imej: https://www.bharian.com.my/

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 bertujuan untuk membentuk sebuah Persekutuan yang merdeka dan berdaulat dalam Komenwel yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, seorang raja Melayu yang mewakili raja-raja di sembilan buah Negeri Melayu yang berdaulat seterusnya menamatkan perjanjian dengan Kerajaan British. [1]

[1] Lihat rang undang-undang Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Picture MELAYU 1
Sumber imej: https://malayadaily.com/

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, diikuti dengan Perjanjian Malaysia tidak pernah bermaksudkan penyerahan dan pelupusan  kedaulatan (ceding of sovereignty) raja-raja Melayu seperti yang didakwa GK Ganeson, yang disiarkan dalam lawan sesawang bernama Paradox. Sebaliknya kedaulatan DYMM Sultan Selangor dan raja-raja Melayu lain kekal berdaulat seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing malah dinyatakan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 181(1) yang berbunyi:

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidangkuasa Raja-Raja, dan prerogatif, kuasa dan bidangkuasa Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di dalam wilayah masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati sehingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

Dakwaan GK Ganeson amat serius kerana telah memutarbelitkan sejarah perundangan dan undang-undang negara untuk menafikan kedaulatan raja-raja Melayu yang dijamin oleh undang-undang perlembagaan.

Kedudukan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan dan jaminan kedaulatan raja-raja Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan merupakan satu aspek yang penting dalam pentafsiran struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Jika sekiranya diteliti kaedah pentafsiran perlembagaan oleh Mahkamah Agung Kanada[1] yang diterima pakai dalam kes Indira Gandhi A/P. Mutho lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors dan rayuan lain,[2]  pentafsiran mengikut sejarah, undang-undang dan konteks tempatan adalah satu syarat manakala federalisme diakui sebagai salah satu contoh struktur asas perlembagaan.

[1] The constitution implements a structure of government and must be understood by reference to the constitutional text itself, the historical context, and previous judicial interpretations of constitutional meaning…. The rules of constitutional interpretation require that constitutional documents be interpreted in a broad and purposive manner and placed in their proper linguistic, philosophic, and historical contexts… Generally, a constitutional interpretation must be informed by the foundational principles of the constitution, which include principles such as federalism, democracy, the protection of minorities, as well as constitutionalism and the rule of law ….

These rules and principles of interpretation have led this Court to conclude that the Constitution should be viewed as having an ‘internal architecture’, or ‘basic constitutional structure’ … The notion of architecture expresses the principles that the individual elements of the Constitutional are linked to the others, and must be interpreted by reference to the structure of the Constitution as a whole’ … In other words, the Constitution must be interpreted to discern the structure of government that it seeks to implement. The assumptions that underlie the text and the manner in our interpretation understanding and application of the text. 

[2] [2018] MLJU 69

img04 2
Sumber imej: https://malayadaily.com/

Sebelum wujud Persekutuan Tanah Melayu 1948, semua bidang kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman terletak dalam bidangkuasa Negeri Melayu melainkan sebahagian kuasa yang diberikan oleh Negeri Melayu Bersekutu kepada Majlis Persekutuan.[3]

Perkara 181(1) yang menyentuh keterpeliharaan kedaulatan raja-raja Melayu serta Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Persekutuan adalah lahir daripada terma rujukan penubuhan Suruhanjaya Reid yang diperkenankan oleh raja-raja Melayu untuk melahirkan sebuah Persekutuan yang kuat. Selanjutnya melalui Perkara 38(4) dan 159(5), elemen tradisional yang merupakan jatidiri sembilan buah Negeri Melayu, iaitu Islam sebagai agama Negeri, kedaulatan raja Melayu, bahasa Melayu, kedudukan Istimewa orang Melayu dan adat Melayu diangkat menjadi identiti Persekutuan Tanah Melayu yang dipasak serta dilindungi dalam pelbagai peruntukan perlembagaan.

Perhubungan antara Negeri dengan Persekutuan dalam kerangka federalisme diperjelaskan dalam Bahagian V, Bahagian VI dan Jadual Kesembilan. Apabila Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani beberapa peruntukan dipinda untuk mengiktiraf bidangkuasa Negeri baharu Persekutuan, Sabah dan Sarawak tanpa menjejaskan kedudukan sedia ada raja-raja Melayu dan Negeri Melayu . 

[3] Sila baca Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Kedaulatan Malaysia Governan Utama Negara, Selangor: Abad Sinergi Sdn. Bhd.- Penerbit Universiti Malaysia Pahang, 2022.

perjanjian1963
Sumber imej: https://thelorry.com/my

Oleh kerana kuasa dan bidang Persekutuan datangnya daripada Negeri Melayu bersumberkan kedaulatan raja Melayu yang berposisi sebagai ketua agama Islam maka kedudukan Islam dalam kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman yang didelegat (diwakilkan) kepada Persekutuan masih kekal terpelihara.[4] Undang-undang tempatan turut mensyaratkan pemakaian prinsip common law dan kaedah ekuiti adalah tertakluk kepada keadaan tempatan iaitu amalan dan kedudukan elemen tradisional. [5]

Berdasarkan sejarah perundangan dan undang-undang perlembagaan yang dikemukakan, pihak berkuasa Persekutuan  hanya mempunyai kuasa dan bidangkuasa yang diberikan dalam batasan Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks federalisme sebagai struktur asas perlembagaan di Malaysia, antara prinsip pengasingan kuasa yang sah ialah pengagihan bidangkuasa antara Persekutuan dengan Negeri yang tetap mendukung kedudukan Islam sebagai undang-undang tempatan di kedua-dua peringkat tersebut.  

[4] Baca Cadangan Perlembagaan bagi Tanah Melayu bertarikh 19 Disember 1946, Cadangan DYMM Raja-Raja Melayu bertarikh 12 September 1956 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

[5] Seksyen 3, Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Semakan tahun 1972).

SULTAN2
Sumber imej: https://www.dagangnews.com/

Justeru, kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai raja pemerintah dan ketua agama di negeri ini mempunyai pengaruh besar di sisi Perlembagaan Persekutuan. Peranan Majlis Raja-Raja tidak wajar dilihat secara sempit dengan apa yang termaktub secara harfiah dalam Perkara 38. Peranan DYMM Sultan Selangor sebagai ketua Agama Islam perlu dilihat sama dengan kedudukan yang dijamin oleh Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan.

 

POSTER ARTIKEL22

NIKAH MISYAR

Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...

Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor