PERANAN NETIZEN DALAM MENANGANI JENAYAH SIBER

PERANAN NETIZEN DALAM MENANGANI JENAYAH SIBER

group happy young young people sitting sofa together sharing news photos videos from smartphones reading articles playing games having fun social media modern technologies

Pertumbuhan pesat Internet telah mengubah masyarakat kita daripada dunia yang dahulunya terpisah dari segi geografi, kepada sebuah perkampungan global.

Urusan harian kini menjadi lebih mudah kerana Internet.

Memandangkan Internet menawarkan sumber maklumat yang amat luas yang belum pernah dialami sebelum ini serta gaya kehidupan baharu, pengguna Internet perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memanfaatkan Internet secara positif dan produktif.

Keghairahan masyarakat menggunakan media sosial sebagai keperluan hidup, telah menyalahgunakannya untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penipuan, buli siber, menyebarkan bahan berunsur lucah, menyebar berita tidak benar atau palsu sekaligus boleh mengganggu gugat kestabilan negara seperti ucapan berunsur kebencian dan sensitif terhadap 3R iaitu race (kaum), religion (agama), dan royalty (institusi beraja).

Lantaran itu, pengguna perlu turut mengambil tindakan untuk melindungi diri dan organisasi milik mereka seperti menerapkan amalan kebersihan siber.

medium shot man typing laptop

JENAYAH SIBER

Ianya merujuk kepada apa-apa aktiviti jenayah yang dilakukan menggunakan rangkaian atau peranti komputer iaitu sebagai pemudah cara, agen atau sasaran jenayah seperti berikut ;

Penipuan dalam talian

Penjenayah menggunakan Internet atau teknologi komunikasi, laman sesawang, bilik sembang (chat room), papan mesej dan rangkaian sosial untuk menghubungi dan seterusnya memperdaya mangsa seperti Tipu Panggilan menyamar sebagai anggota penguatkuasa untuk menakutkan mangsa, Jerat Cinta, Penipuan 419, phishing, penghantaran bungkusan, beli belah dalam talian, dan pinjaman tidak wujud.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 51,631 kes penipuan dalam talian dilaporkan di Malaysia dari 2019 hingga 2021 melibatkan kerugian lebih RM1.61 bilion.

Pemancingan Data (Phishing)

young female hacker stolen using other people s credit card wearing headset calling with owner online request ransom

Penjenayah menghantar e-mel palsu kononnya daripada bank atau syarikat kad kredit yang digunakan oleh mangsa dan menuntut mangsa mengemas kini nama pengguna dan kata laluan akaun bank dengan mengklik pautan yang terdapat dalam e-mel tersebut.

Apabila pautan tersebut dilayari, mangsa akan dibawa ke sebuah laman sesawang palsu yang telah direka oleh penjenayah supaya nampak serupa seperti laman sesawang bank tersebut.

Penjenayah dapat mencuri akses kepada akaun bank mangsa apabila mangsa memasukkan nama pengguna dan kata laluan di laman sesawang palsu tersebut.

Kecurian Identiti

Sesetengah maklumat seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, dan nama ibu mungkin kelihatan tidak berbahaya.

Namun, memandangkan kebanyakan syarikat biasanya meminta maklumat ini untuk tujuan pengesahan, penjenayah boleh menggunakannya untuk mengakses maklumat sensitif mangsa yang lain.

Faktor Penyebab Jadi Mangsa Jenayah Siber

Penghubung paling lemah dalam rantaian keselamatan siber adalah manusia itu sendiri.

Penjenayah siber menggunakan kelemahan manusia untuk menembusi sistem keselamatan sama ada di peringkat organisasi atau individu.

PERANAN NETIZEN

Berwaspada dengan ancaman

Bagi menghindari jenayah penipuan ini;

  • Gunakan platform atau aplikasi ‘Semakmule’ atau ‘Check Scammers’ untuk menyemak sekiranya nombor telefon atau akaun bank yang terlibat pernah dilaporkan kepada
  • Semak slot ‘Waspada’ di portal my, yang berfungsi memberikan amaran atau peringatan kepada orang ramai termasuklah memupuk kewaspadaan orang ramai terhadap penipuan dan cubaan penipuan.

Ambil tahu jenis atau modus operandi baharu

Sikap ‘ingin tahu’ dan lebih peka dengan perkembangan semasa jenayah siber serta tidak mudah panik dengan ugutan dan mendapatkan nasihat dari pihak berwajib.

Guna kata laluan yang kuat

flat lay keyboard with notebook with password information

Jangan ulang kata laluan anda di laman sesawang yang berbeza, tukar kata laluan anda dengan kerap dan selalu mencipta kata laluan yang kuat menggunakan gabungan sekurang-kurangnya 10 huruf, nombor dan simbol.

Urus tetapan media sosial

 
female holding smartphone with icons social media screen coffee shop

Mengurangkan perkongsian data anda dengan umum di media sosial. Penjenayah siber boleh mendapatkan maklumat peribadi anda dengan hanya beberapa titik data.

Lindungi diri daripada kecurian maklumat peribadi

Jangan mudah berkongsi maklumat diri yang dimuat naik, disimpan serta disalurkan menerusi dalam talian.

Lindungi anak daripada penjenayah siber

asian baby girl smiling using mobile selfie make photo picture park garden cute girl learning use smartphone by her self education learning baby concept

MCMC melalui Internet User Survey (IUS) 2020, mendapati peningkatan 155%   kanak-kanak yang menggunakan Internet, pemantauan ibu bapa menurun dari 2018 (62.4%) kepada 53.4% (pada tahun 2020), dan hanya 34.4% ibu bapa yang mengawal dan melindungi anak-anak mereka.

Sehubungan itu, MCMC melaksanakan inisiatif pemerkasaan komuniti, mewujudkan daya tahan tinggi terhadap risiko Internet dan media baharu, bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan Perisian Kawalan Ibu Bapa (Parental Control Tools), bagi membantu ibu bapa memantau kandungan yang dilayari dan mengehadkan masa penggunaan Internet oleh anak-anak mereka.

Laporkan kepada pihak berkuasa

Segera laporkan kejadian atau sesuatu yang kurang elok dalam media sosial kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan, sekiranya anda menjadi mangsa dan menyimpan bukti-bukti berkaitan bagi membantu siasatan.

Penjenayah siber semakin berleluluasa dan juga licik serta cepat menyesuaikan diri dengan teknologi semasa. Kurang cakna dalam perkara sebegini akan menyebabkan kita lebih terdedah dan lebih mudah menjadi mangsa.

Justeru, pertahanan terbaik adalah kesedaran diri kita sendiri. Sentiasa berwaspada dan ambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor