[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 12 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengagihkan sumbangan makanan kering kepada rumah-rumah pemulihan al Riqab sekitar daerah Hulu Selangor.

Sumbangan makanan kering ini diberikan kepada rumah-rumah pemulihan al Riqab dalam membantu meringankan beban di dalam bulan Ramadhan serta bulan Syawal yang bakal tiba. Jumlah keseluruhan sumbangan yang telah diagihkan pada hari ini adalah sebanyak 195 set iaitu RM11,700.00. Sumbangan juga menggunakan peruntukan asnaf riqab yang telah ditetapkan bersama Lembaga Zakat Selangor. Pegawai yang hadir dalam penyerahan agihan sumbangan pada kali ini ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Dalam pada itu, rata-rata pengurus atau pengusaha rumah pemulihan al Riqab pada hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAIS dan pembayar zakat di Negeri Selangor atas sumbangan yang telah diberikan.

Rumah-rumah pemulihan al Riqab yang terlibat adalah Baitul Islah Bukit Beruntung, Rumah Akhlak Insani, Rumah Teduhan Kasih, Rumah Sinar Kasih dan Rumah PROKIM.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3404″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3406″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3405″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3407″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor