KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR

504023304 18497620966064155 8711438034915618383 n 1
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi Agama Islam Selangor dan Anak Syarikat MAIS menyertai Kejohanan Sukan Agensi Agama Islam Selangor (SUKANS) anjuran Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Majlis perasmian penutup Kejohanan Sukan Agensi Agama Islam Selangor (SUKANS) disempurnakan oleh YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Kejohanan SUKANS ini membabitkan penglibatan agensi agama Islam Selangor yang terdiri dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) serta turut dimeriahkan dengan penglibatan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
 
Program yang diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua pegawai agensi agama Islam di samping menggalakkan daya saing yang sihat dan cergas serta memberi peluang kepada mereka untuk mengenali antara satu sama lain.
 
Hadir sama ialah Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Opir, Mufti Selangor, YAA Dato’ Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan YBhg Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS.
Sebanyak lapan acara sukan yang dipertandingkan antaranya adalah sukan bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton, ping pong, bola tampar, bowling dan memanah.
 
Pasukan MAIS yang turut disertai LZS dan PWS telah menjuari acara badminton lelaki, memanah lelaki, naib johan acara sepak takraw, bowling lelaki dan wanita, acara memanah kategori wanita, bola tampar perempuan dan ketiga acara ping pong lelaki.
 
MAIS mengucapkan jutaan tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang mewakili agensi dan anak syarikat MAIS bagi kejohanan sukan pertandingan ini.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor