BAITUL EHSAN TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG BESTARI
BAITUL EHSAN TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG BESTARI

Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari pada 17 Jun lepas.
Â
Delegasi lawatan seramai 90 orang pelajar termasuk guru pengiring dan diketuai oleh Ustaz Edikoup Bin Lakip Sediyanto, Ketua Unit Disiplin SMK Subang Bestari. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah bagi membentuk sahsiah dan disiplin pelajar,
seterusnya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang kesan membuat keputusan yang salah di dalam kehidupan khususnya aspek sosial,emosi dan masa depan individu.
Â
Pihak MAIS diketuai oleh Pn. Nazatushima Bt Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS) mengalu-alukan kehadiran peserta lawatan sekaligus memberi taklimat berkaitan Baitul Ehsan dan Rumah Pemulihan Majlis (RPM). Delegasi lawatan turut di bawa melawat ke sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Â
MAIS berharap dengan adanya lawatan sebegini dapat menggalakkan pelajar berfikir secara matang dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan nilai moral, agama dan norma masyarakat. Selain itu mereka dapat pengajaran tentang realiti kehidupan wanita yang terkesan akibat membuat keputusan yang salah apabila terlibat dalam pergaulan bebas atau masalah sosial lain.
Â
Semoga dengan pendedahan berterusan berkaitan Baitul Ehsan dan Rumah Pemulihan Majlis (RPM) ini akan memberi manfaat untuk para pelajar mahupun orang ramai dan memahami masih ada jalan pulang untuk mereka yang terpesong. Bahkan bagi mereka yang baru berjinak-jinak ingatlah bahawa keputusan yang salah pada hari ini akan membawa kepada penyesalan yang kekal.
Â
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...
Klang, 16 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...