PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH KUALA LANGAT

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH KUALA LANGAT

503407379 18493004005064155 7592977574898489988 n
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke enam Islam pada 3 Jun.
 
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Kompleks Islam Daerah Kuala Langat.
 
Delegasi disambut mesra oleh Tuan Khairul Anuar Samingan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kalau Langat dan mengalu-alukan kehadiran Pengerusi MAIS. Beliau turut membentangkan perkembangan hal ehwal Islam di Kuala Langat.
 
Pengerusi MAIS mengucapkan tahniah atas usaha memelihara Kompleks Islam yang kelihatan bersih dan diselenggara dengan baik.
Beliau turut mengingatkan pengurusan di sini agar sentiasa peka dengan isu dan persepsi awam agar ia dapat ditangani segera, memelihara imej Islam, memantau ajaran sesat, memastikan pusat penyembelihan mempunyai tauliah dan sebagainya.
Lawatan diteruskan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat untuk menunjau keadaan bangunan yang memelukan penambahbaikkan dan ruangan kemudahan pelanggan.
 
Seterusnya lawatan ke Maahad Tahfiz Ihya Al Ahmadi Kampung Sungai Kelambu yang menyediakan kemudahan yang amat selesa kepada pelajar.
 
Pengerusi MAIS turut merasmikan dewan taklimat pusat tahfiz ini.
 
Lawatan diteruskan ke Masjid Jamek Jamaiyah Morib (Masjid Diraja), Rumah Perlindungan Baituzzahrah Kampung Jenjarom dan berakhir di Surau Al Hidayah Taman Desa Kemandol bagi beramah mesra dengan penduduk orang asli di sini.
 
Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat serta penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti.
 
Turut hadir, YDM Tengku Dato Mohamed Alhaj Tengku Harun (Tengku Pengawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS; Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Puan Rohana Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS; barisan pengurusan MAIS, PAID Daerah Kuala Langat, Mahkamah, masjid dan maahad tahfiz yang terlibat.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor